Introduction
Index
Index Introduction About Me Picture Links Class of '98 Friends Guestbook Artwork

 

Al-muqadimah
..alkesah, idea untuk membuat homepage ini timbul apabila bibit-bibit kejelesan aku mula terserlah setelah melihat homepage rakan-rakan seperjuanganku.. memula tu rasa malas gak sebab pengetahuan aku tentang pembikinan homepage nih amatlah sket.. namun dengan usaha dan tunjuk ajar teman-teman aku ( esp. Brashboy .. thanxomuch!!), maka impian aku untuk membuat homepage peribadi aku sendiri telah termakbul.. alhamdulillah, walaupun homepage ini memang 'kureng' (sorry ler, first time ler katerkan..), insya-allah aku akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan lagi ke'jelitaan' , ke'henseman' dan ke'sempoi'an homepage ini.. huehuheuhe.. jangan mare! (kontrol cunn beb!)..

Penglibatan aku di alam komputer
.. komputer?? ..hmm.. sejak bila ekk aku mula berjinak-jinak dengan komputer ni?? oklaa.. aku mula berminat dengan alam pengkomputeran ni sejak aku rasa umur aku 7 tahun lagi, bila mak aku beli komputer untuk buat kerja-kerja dia.. jenis apa, aku dah tak ingat.. tapi yang pasti, masa tu reti main game dengan menaip je ler..
..bila dah besar ni, aku mula kenal dengan internet lak.. apekebenda-alahjadahnya internet tu? haa, itu soalan nenet aku.. korang carik ler sendiri jawapannya! aku diperkenalkan internet oleh che'gu aku masa form 2 kat sekolah.. tapi masa tu nak menikmati keindahan internet tu amatlah tipis.. so, aku banyak baca pasal internet ni kat media massa jelaa.. naik form 4, aku dah mula berjinak-jinak menabung kat cyber cafe lak.. dalam bulan ogos macam tu, barulaa mak aku masukkan internet kat rumah.. agak dia tak tahan kot aku asyik mintak duit nak pegi cyber cafe.. selamat dah duit aku rm8! cekik darah betol.. main kat rumah lagi jimatt!!
so, bila dah ade internet kat rumah, maka bertambah dalamlah perkenalan aku dengan internet ni.. macam-macamlah aku tahu pasal internet dah.. leh-leh lagi bila dah ade kengkawan di serata dunie yang ade minat serope cam aku..

Komputer jenis apa yang aku pakai?
..buat masa ni, aku still pakai PC mak aku.. jenis apentah.. malas aku nak cek.. tapi ni serba sedikit pasal komputer aku..

WIN 95: 4.0 Build 950
CPU: Intel Pentium
# of Processors: 1
Memory: 32MB RAM

..haa, tu dia.. maybe bagi korang yang dah x-pert giler dalam bidang komputer ni, komputer aku boley ler dikategorikan sebagai kerek ler jugak.. 32MB jek? cess.. tapi, kira orait laa daripada takdak langsung!

Impian aku
..kalau boleh aku nak beli sendiri PC aku.. ape kate jenis imac?.. cun ooo.. tapi lagi best kalau komputer tu dari dalamnya sampai ler ke luar kita sendiri yang pasang.. sebab, kita sendiri yang tahu apa masalah komputer kita tu.. hajat di hati nak pakai LINUX .. tanak pakai UNIX.. tapi, aku takut nak pakai.. nanti mak aku marah.. so, nantilah.. aku akan pastikan impian aku tu menjadi kenyataan satu hari nanti..

Ape nih? asyik LINUX je.. ape yang best sangat LINUX tuh?
..isk.. maleh betul aku nak terangkan ler.. korang takkan paham selagi bukan korang sendiri yang mengalaminya.. aku mula berminat dengan LINUX ni bila aku pegi rumah kawan aku.. komputer abang dia ade LINUX.. so, dari situlaa aku mula minatt giler dengan LINUX ni.. makan LINUX, minum LINUX, tido LINUX!! ..you should try it for yourself.. then you'll know how cool it is.. (only cool people use LINUX- langsuir ) heh! peace on earth man.. so, korang leh klik kat links.. ade LINUX kat situ..

 

Email: [email protected]